Sunday 24 April 2011

RIZAB EMAS NEGARA-NEGARA DI DUNIA


INI MERUPAKAN SENARAI RIZAB EMAS BAGI NEGARA-NEGARA DI ATAS.MALAYSIA MENDUDUKI TANGGA KE 45 DENGAN RIZAB HANYA 1.4% SAHAJA.

Saturday 23 April 2011

FAKTA MENARIK BERKAITAN EMAS

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.


2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)


3. Nombor atom untuk emas adalah 79


4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,
hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod


5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial


6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.


7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi


8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia


9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)


10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu


11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.


12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.


13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.


14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.


15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.


16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain


17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.


18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.


19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.


20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.


21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)


22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent


23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain


24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.


25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.


26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.


27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.


28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.


29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.


30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg


31. Warna emas tulen adalah kuning metalic


32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.


33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)


34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)


35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.


36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.


37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.


38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.


39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.


40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.


41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.


42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999


43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.


44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.


45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)


46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)


47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).


48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.


49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.


50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.


51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K  (2856 °C, 5173 °F)


52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.


53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.


54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.


55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.


56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.


57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.


58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.


59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.


60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

Tuesday 12 April 2011

EMAS VS ASB..MANA LEBIH UNTUNG AGAKNYA YA

Disini saya cuba membuat perbandingan apa bezanya melaburkan RM 20,000 ke dalam ASB berbanding RM 20,000 ini dilaburkan dengan membeli emas 300 gm pada 3 January,2006.Dengan tiada pertambahan apa2 keatas RM 20,000 didalam ASB ini dan begitu juga tiada pertambahan ke atas 300 gm emas.Kita lihat pergerakannya dalam masa 5 tahun ini.1st...peratikan frame dibawah,inilah harga emas pada January 2006,2007,2008,2009,2010 dan 2011.Dibawah frame saya dah siap2 buat calculation convert USD ke RM mengikut kadar pertukaran USD ke RM mengikut tahun tersebut.




3 January,2006
harga emas "1gm" di pasaran dunia(Spot Gold),USD 533.10/Oz,
Oz bersamaan dengan 31.10gm.
Cara pengiraannya;
USD 533.10/31.10=USD 17.14 segram
convert ke ringgit malaysia mengikut kadar pertukaran tahun itu, USD 1=RM 3.7785
17.14 x 3.7785=64.76
Kesimpulannya,harga emas dunia pada 3 January,2006 bagi Segram=RM64.76






3 January,2007
USD 628.80/31.10=USD 20.22,
convert ke ringgit malaysia...USD 1=RM 3.5130
20.22 x 3.5130=71.03
Kesimpulannya,harga emas dunia pada 3 January,2007 bagi Segram=RM 71.03







3 January,2008
USD 864.80/31.10=USD 27.80,
convert ke ringgit malaysia...USD 1=RM 3.3065
27.80 x 3.3065=91.92
Kesimpulannya,harga emas dunia pada 3 January,2008 bagi Segram=RM 91.92







4 January,2009
USD 869.20/31.10=USD 27.95,
convert ke ringgit malaysia...USD 1=RM 3.4795
27.95 x 3.4795=97.25
Kesimpulannya,harga emas dunia pada 4 January,2009 bagi Segram=RM 97.25






3 January,2010
USD 1101.50/31.10=USD 35.42,
convert ke ringgit malaysia...USD 1=RM 3.3885
35.42 x 3.3885=120.02
Kesimpulannya,harga emas dunia pada 3 January,2010 bagi Segram=RM 120.02




3 January,2011
USD 1415.60/31.10=USD 45.52,
convert ke ringgit malaysia...USD 1=RM 3.0640
45.52 x 3.0640=139.47
Kesimpulannya,harga emas dunia pada 3 January,2011 bagi Segram=RM 139.47





Berdasarkan semua frame diatas,saya susun dan buat rumusan didalam 1 frame begini.Kesimpulannya,harga emas pada 3 January,2006 dalam pasaran dunia jatuh pada paras RM 64.76 segram.Sepanjang tahun 2006-2007,emas naik harga sebanyak RM 6.27 menjadikan harga emas 1 gram=RM 71.03 pada 3 January,2007.Pembukaan 2008 pula,emas naik harga lagi sebanyak RM 20.89 menjadikan harga segram emas pada 3 January,2008 ialah RM 91.92.Emas naik sedikit sahaja pada penghujung 2008 iaitu sebanyak RM5.33 menjadikan harga emas pada 4 January,2009 ialah RM 97.25 bagi segram.Tahun 2009-2010 emas naik sebanyak RM 22.77 segram menjadikan harga emas segram pada 2010 ialah RM120.02.Awal 2011 emas dibuka pada harga RM 139.47 segram selepas kenaikan RM 19.45 segram pada hujung 2010.





Ini pula rajah sekiranya anda ada RM 20,000 dan laburkan ke unit ASB bermula pada 3 January,2006.Biarpun ada tahun ASB tidak membayar 8% kadar dividen tapi saya ambil average aje lah semua untuk 5 tahun diatas ASB bayar pada kadar 8% setahun.So...keuntungan setiap tahun bagi pelaburan RM 20,000 adalah seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah diatas RM1600 setiap tahun.Jika 5 tahun,beerti RM1600 x 5=RM8000 keuntungan sepanjang 5 tahun itu.





Sekarang meh kita tengok plak jika RM 20,000 tadi kita labur beli emas pada 3 January,2006.1st lihat dulu harga emas pada 3 January,2006 pada rate RM 64.76 bagi 1 gram.Beerti dengan wang RM 20,000 anda boleh membeli emas sebanyak;RM 20,000 / RM 64.76=308.83 gram.saya ambil cincai aje lah tak mau kira point2 tu so dengan RM 20,000...anda boleh membeli 300 gram emas.Perhatikan baik2 gambarajah yang mula2 tadi. 

[1]Penghujung 2006;
emas naik RM 6.27 bagi 1 gm.Sekiranya simpanan anda 300 gm,beerti keuntungan penghujung tahun tu;

300 gm x RM 6.27=RM 1881.



[2]Penghujung 2007;

emas naik RM 20.89 bagi 1 gm.Sekiranya simpanan anda 300 gm,beerti keuntungan penghujung tahun tu;

300 gm x RM 20.89=RM 6267.Campur untung tahun 2006,RM1881..

Total=RM 8148



[3]Penghujung 2008;

emas naik RM 5.33 bagi 1 gm.Sekiranya simpanan anda 300 gm,beerti keuntungan penghujung tahun tu;

300 gm x RM 5.33=RM 1599.Campur untung tahun 2007,RM8148..

Total=RM 9747



[4]Penghujung 2009;

emas naik RM 22.77 bagi 1 gm.Sekiranya simpanan anda 300 gm,beerti keuntungan penghujung tahun tu;

300 gm x RM 22.77=RM 6831.Campur untung tahun 2008,RM9747..

Total=RM 16,578



[5]penghujung 2010;

emas naik RM 19.45 bagi 1 gm.Sekiranya simpanan anda 300 gm,beerti keuntungan penghujung tahun tu;

300 gm x RM 19.45=RM 5835.Campur untung tahun 2009,RM16,578..

Total=RM 22,413 keseluruhan 5 tahun.




KESIMPULAN;

EMAS vs ASB

RM 22,413 - RM 8,000=RM 14,413




ZAKAT EMAS UNTUK 5 TAHUN

zakat emas wajib dikluar bila nilai emas menyamai atau melebihi dari kadar ditetapkan iaitu 85 gram sebanyak 2.5% dari nilai.

2006;
300 x RM 64.76 x 2.5%=RM 485.70

2007;
300 x RM 71.03 x 2.5%=RM532.75

2008;
300 x RM 91.92 x 2.5%=RM 689.40

2009;
300 x RM 97.25 x 2.5%=RM 729.38

2010;
300 x RM 120.02 x 2.5%=RM 900.15

TOTAL ZAKAT 5 TAHUN=RM 3337.38


KESIMPULANNYA

UNTUNG BERSIH HASIL PELABURAN RM 20,000 BELI EMAS
=RM 22,413 - RM 3337.38(zakat 5 thn)


=RM 19,075.62 dengan emas 300 gm masih dalam simpanan

Saturday 9 April 2011

BIAR BETUL???HARGA EMAS BOLEH CECAH USD1800/OZ???

Ada sesuatu yang ingin saya kongsi. Artikel ini diperolehi di blog seorang rakan.

Ringkas hasil interbiu The Gold Report dengan “orang emas” (Goldman Sachs) juga pelabur kewangan terkenal - Jason Hamlin. Beliau menyarankan kepada para pelabur agar:

·   Pelabur harus mempunyai sandaran aset dari beberapa komoditi utama sebagai langkah menghadapi kekangan inflasi global;

·  Pelabur juga harus mempunyai aset yang selain daripada hanya ‘mengumpul’ dan bergantung kepada US dolar.

· Pelabur seharusnya menyimpan emas secara fizikal bagi mengimbangi kemerosotan nilai matawang dan krisis kewangan yang sedang dihadapi Amerika dan banyak lagi Negara utama dunia.



Dengan perkembangan terkini yang sedang berlaku di seluruh dunia, beliau menjangkakan nilai/harga emas akan meningkat kepada 1,800usd/oz berbanding dengan 1,400usd/oz sekarang, manakala logam perak 50usd/oz berbanding dengan lebih kurang 30usd/oz. 

Rebutlah peluang pelaburan lumayan ini yang dijamin HAMPIR sifar risiko!!!

MAKLUMAT : KETIKA ARTIKEL INI DITULIS,HARGA EMAS ADALAH USD1474.90 MANAKALA SILVER USD40.96.INI MERUPAKAN NEW HIGH PRICE UNTUK SILVER DAN GOLD.

SELAMAT MELABUR EMAS.

Friday 8 April 2011

EMAS SEBAGAI TEMBOK INFLASI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

                Pada posting kali ini, ingin saya kongsikan sedikit info berkaitan kelebihan emas dalam melawan kenaikan kadar kenaikan inflasi. Kadar kenaikan inflasi di Malaysia adalah pada 2.2% iaitu pada bulan Disember 2010 (tertinggi dalam tempoh 19 bulan) dan secara tahunannya adalah pada1.8% tahun 2010. Walaupun demikian, kadar inflasi ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berapakah pula kada inflasi pada tahun ini? adakah ianya turun ataupun meningkat. Jika naik, maka kita akan terbebanlah dengan kenaikan harga barangan. 


               Untuk melawan kadar kenaikan inflasi ini, pendapatan kita sepatutnya bergerak seiring dengan peningkatan kadar inflasi. Jika kenaikannya 2.2% maka peningkatan gaji kita mestilah sama ataupun lebih daripada 2.2% juga. Jika tidak, maka kita akan terbeban dengan kenaikan tersebut.Ini adalah kerana, secara mudahnya, pendapatan kita telah berkurang sebanyak 2.2% daripada gaji.


                 Kenaikan kadar inflasi ini sebenarnya mengurangkan wang simpanan kita di bank. Bayangkan jika kita mempunyai wang simpanan yang disimpan bermula dari awal tahun iaitu sebanyak RM10,000. Dengan kadar kenaikan tersebut, wang kita itu telah berkurang sebanyak 2.2% iaitu RM220 untuk setahun. Walaupun di dalam bank masih lagi menunjukkan baki sebanyak RM10,000 tetapi secara kemampuan nilai wang tersebut telah susut sebanyak RM220. Ini hanya setahun dan RM10,000. Bagaimanapula untuk 10 tahun dengan nilai RM100,000? ataupun lebih daripada itu. 


                    Dengan kadar kenaikan inflasi yang tidak menentu ini, ada baiknya kita tukarkan wang tersebut dalam bentuk emas. Jika dilihat kenaikan harga emas dapat mengatasi kenaikan kadar inflasi. Kenaikan harga emas pada tahun 2010 adalah sebanyak 27%. Kenaikan 27% ini dapat mengatasi kadar kenaikan inflasi iaitu terdapat lebihan sebanyak 24.8%. Jika kita mempunyai emas nilainya RM10,000 maka dengan kenaikan itu nilai emas kita telah menjadi RM12,700. Walaupun berat emas itu tetap tidak berubah. Itulah salah satu sebab, mengapa ramai orang Malaysia telah sedar tentang kepentingan menyimpan emas.Ini kerana emas adalah kalis inflasi berbanding wang fiat.



Betullah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis berkenaan pengunaan dinar (emas) dan dirham (perak) antaranya,


  "Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)


  "Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal


  "Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)


  Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)

sekian,..


Kesimpulannya:



1- Emas dan perak adalah menjadi wang yang paling kukuh berbanding wang fiat..


2- Nilai emas 1 dinar adalah untuk seekor kambing pada zaman dahulu, dan kini harganya masih tetap sama iaitu 1 dinar. Di sini tiada kadar kenaikan inflasi (inflasi sifar).


3- Kuasa beli emas tetap sama berbanding penggunaan wang. Dimana kuasa beli wang semakin kecil jika di bandingkan dengan emas. Jika kita lihat untuk pergi haji atau umrah sebenarnya dalam masa 10 tahun semakin berkurang jika kita menggunakan dinar.


4- Emas dan perak juga dapat mengatasi masalah cetakkan. Jika wang, satu-satu kerajaan dapat mencetakknya dengan sesuka hati tetapi emas, mencetaknya adalah mustahil. Masih ingatkah kita tentang penggunaan wang 'pokok pisang' yang dicetak berleluasa di zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

5- Selain itu, emas juga merupakan simbol kekayaan seseorang atau sesebuah negara. 

Wednesday 6 April 2011

INFO MENARIK BERKAITAN EMAS

Ada satu kedai cat di Meru, Klang. Namanya Kedai Cat Boon Seng. Setiap hari, kedai dibuka seawal jam 8 pagi, tak seperti pesaing-pesaing lain, selalunya dibuka pada pukul 10 atau 11 pagi. Namun bukan waktu beroperasi itu yang ingin saya tekankan. Saban hari, kedai Boon Seng sesak dipenuhi pembeli sehingga ke malam hari. Saya sendiri pernah membeli cat di situ setelah saya membuat tinjauan harga di kedai-kedai lain, ternyata harga di Boon Seng lebih rendah. Lagipun, kedai Boon Seng menawarkan pilihan yang banyak, bermacam-macam jenama & kualiti. Barulah saya faham mengapa para pemilik rumah & juga kontraktor-kontraktor binaan memilih Boon Seng untuk membeli cat. Oleh kerana kedai tersebut menjual berbagai jenis (jenama) cat, pemiliknya tidak "bias" atau berpihak sebelah kepada satu-satu jenama sahaja. Mana yang elok dicadangkan kepada pembeli & mana yang kurang kualitinya, diberitahu awal-awal supaya kelak tidak pula disalahkan oleh pembeli. Neutral. Sedangkan di kedai-kedai lain yang hanya menjual hanya satu jenama cat, kebiasaannya hanya jenama itulah sahaja yang elok dikhabarkan oleh penjual.

**********************
Di sini, saya inginkan berkongsi perkara-perkara yang patut kita tahu untuk melabur dalam emas. Banyak di luar sana, kita diterangkan dengan maklumat-maklumat yang sebelah pihak sahaja, tanpa diberitahu tentang pelaburan emas secara menyeluruh. Kami mungkin bukan cendekiawan emas, tetapi ilmu yang kami ada kami kongsikan bersama supaya pembeli/pelabur boleh memilih dengan bijak & merancang pelaburan dengan lebih "terpandu". Ada beberapa ayat atau "statement" yang saya rasa boleh didangkal kesahihannya. Wallahu 'alam.

Kalau beli emas jenama lain, bila koyakkan sampul/sarung, nilai susut 25%.
Sebenarnya bukanlah nilai emas itu yang susut. Emas tidak akan susut nilai, itu hanyalah rekaan kedai2 emas sahaja. Ramai customer bila saya jumpa, takut utk beli Pamp, sebab katanya, ada orang beritahu, jangan beli Pamp sebab nanti bila nak jual balik nilainya ditolak 25%. Seolah-olah, emas Pamp tak bagus kualitinya. Sebenarnya, tidak ada masalah susut nilai dengan emas. Emas di zaman Firaun dengan emas di zaman sekarang, adalah emas yang sama yang appreciate nilainya. Apa yang customer perlu tahu ialah, sekiranya customer membeli emas di kedai emas atau di bank, JANGAN jualkan balik kepada kedai emas atau bank. Jual pada kami atau mana-mana agent pembeli emas yang dapat anda cari di internet ini. Carilah agent yang boleh beli pada harga yang tertinggi. Buat tinjauan harga. Situasi ini adalah untuk mereka yang sudah 'terbeli' emas di kedai emas. Untuk yang belum beli, saya nasihatkan JANGAN BELI DI KEDAI EMAS, kerana harganya mahal.




Beli emas yang mempunyai spread yang rendah.
Bergantung kepada jangka masa anda simpan emas tersebut. Kebanyakkan kita sudah sedia maklum, emas adalah untuk pelaburan jangka masa panjang. Saya selalu beritahu pada customer, sekurang-kurangnya 6 bulan untuk break-even & setahun untuk nampak hasil untung. Lebih lama, lebih tinggi untungnya. Namun, spread yang rendah sahaja bukan faktor utama bila membeli emas, lebih-lebih lagi jika kita memang berniat untuk menyimpannya dalam tempoh yang lama. Bagi saya, bila sudah break-even, spread itu menjadi tidak lagi penting. Melainkan jika anda beli emas hari ini, dan menjualnya sebulan kemudian, ya, carilah spread yang terendah. Yang lagi penting, beli emas pada harga yang rendah.

Syarikat P menjual emas dengan harga yang terendah.
Bila compare harga sykt P dengan harga di kedai emas, memang betul harganya murah. Tetapi, berkali-kali kita canangkan pada customer, jangan involve kedai emas bila nak melabur. Jadi, jangan bandingkan harga dengan kedai emas. Bandingkan harga antara dealer2 yang jual emas lain, yang ketulenannya sama dengan apa yang ada di Sykt P. Pelabur yang bijak akan membeli pada harga yang paling minimum untuk ketulenan yang sama, (kita compare Apple-to-Apple di sini). Dengan kemudahan teknologi internet sekarang ini, mudah sahaja. Google sahaja tentang emas di Malaysia, berderetlah website2, blog2 yang menjual emas untuk tujuan pelaburan. Facebook juga ada. Gunakan sebaik mungkin sebagai resource untuk anda mula berjinak-jinak dengan emas.


Emas naik 27-40% setahun.


Barang kemas tak boleh dijadikan pelaburan.
Ada betul,ada yang tak betul berkenaan perkara ini. Tak betul jika anda baru nak bermula, dan anda beli barang kemas di kedai emas. Dengan harga yang tinggi, ditambah pula dengan kos upah, agak kurang tepat pemilihan membeli barang kemas untuk dijadikan pelaburan. Tetapi, anda boleh jadikan barang kemas sebagai pelaburan, malah kadang2 boleh memberi pulangan yang lumayan sekiranya anda beli pada harga below market price. Sebagai contoh, anda beli surat pajak atau barang kemas yang dilelong di Ar-Rahnu. Anda hanya perlu call atau buat tinjauan harga pada agent2 pembeli emas di internet atau suratkhabar, dan anda tawarkan harga tersebut pada pemegang surat pajak tersebut. Kemudian, anda jual semula barang kemas itu pada harga lebih tinggi daripada harga belian anda & semestinya lebih rendah daripada harga semasa FGJAM atau harga di kedai emas. Untung dalam tangan anda!



Jika ada barang kemas, tolak dengan Sykt P & tukarkan kepada gold bar untuk keuntungan yang lebih.
Tak betul cadangan itu. Jika anda ada barang kemas, biarkan sahaja barang kemas tersebut, walaupun anda tak pakai. Simpanlah sebagai pelaburan, kerana emas tetap emas. Ia tetap naik harga. Buat apa anda nak kurangkan nilainya dengan jual pada harga beli & beli balik goldbar? Melainkan jika anda baru nak beli emas, barulah saya cadangkan anda beli goldbar. Barang kemas yang sudah ada, jangan dijual, jika anda tak perlukan duit.

Kalau beli PAMP, susah nak jual balik.
Kaji terlebih dahulu, betul ke susah nak jual balik Pamp tu? Sekali lagi, guna internet. Cari dealer2 yang boleh beli Pamp pada harga tertinggi. Saya sendiri beli balik Pamp. Dan kalau umur saya tak panjang, masih ada ramai lagi agent2 lain di sekeliling anda. Log-in & add saya di facebook "Bank Emas", ramai peniaga2 emas di dalam rangkaian 'friends' saya yang mana anda sendiri boleh berkenalan dengan mereka. Ok, senario ini ingin saya bentangkan untuk anda fikirkan. Anda beli goldbar dari Sykt P. Katakanlah Sykt P tutup, kat mana anda nak jual goldbar anda? Kalau jual di kedai emas, teruk anda kena potong harga nanti. Mereka akan ambil kesempatan lebih2 lagi bila tahu Sykt P sudah tutup. Akhirnya, anda terpaksa cari orang2 seperti saya, dan rakan2 saya yang dapat beli goldbar anda pada harga market. Betul, harga market kami tak se"transparent" seperti harga Sykt P, akan tetapi kami jual pada harga mungkin paling hampir dengan harga spot gold. Dan, inilah harga sebenar emas di M'sia.

Beli goldbar yang ada jenama terunggul, mendapat pengiktirafan di Malaysia.
Perlukah jenama dalam membeli emas? Jujur saya katakan, belilah jenama ayam sekalipun, emas tetap emas. Nilainya bukan bergantung pada jenama. Penjenamaan hanyalah untuk menghebahkan 'existence in the market', bukan sebagai faktor penetapan sesuatu harga. Jika anda bandingkan goldbar dalam kelas yang sama, carilah harga yang terendah. Jangan pandang pada jenama. Emas bukan seperti baju. Mungkin baju berjenama terkenal yang mahal harganya diperbuat daripada sutera yang tinggi kualitinya berbanding baju yang murah. Tetapi, emas 999.9 yang anda beli dengan saya contohnya, adalah emas yang sama yang anda beli di Sykt P yg juga 999.9. Jadi, mengapa anda bayar lebih? Lagipun, bila anda nak jual balik nanti, jenama itu tak dikira pun. Harga kami berdasarkan pada ketulenan emas tersebut. Bukan pada jenama, bukan pada rupa atau pada anugerah2 yang diterima pengeluarnya.

Ketulenan PAMP bukan 24K, cuma 23K. Rugi bila pajak.
Salah bila mengatakan ketulenan Pamp itu 23K. PAMP ada certificate yg disahkan oleh assayer yg dipertanggungjawabkan mengesahkan ketulenan PAMP adalah 24K. Dan PAMP pula tersenarai antara associates di LBMA (London Bullion Market Association). Boleh google pasal LBMA di internet utk keterangan lanjut.  Ok, jadi kenapa Ar-Rahnu Agrobank misalnya, mengatakan yang PAMP ni hanya 23K? Bukan 24K seperti yang tertera di Certificate of Authentication nya?

Telah saya terangkan, PAMP ini adalah cast bar. Bila ianya cast bar, fizikalnya tidaklah seelok minted bar, seperti produk Sykt P. PAMP ada lekuk-lekuk, calar-calar yang memang datangnya sebegitu kerana ia adalah raw material of gold. Bila masuk ke dalam densimeter di Ar-Rahnu, akan ada gelembung-gelembung udara atau air bubble yang melekat di gold bar tersebut, yang mempengaruhi ketulenannya. Karat emas di ukur melalui density atau ketumpatan, bila ia bercampur dengan ketumpatan udara yang terlekat di situ, ketulenannya jatuh sedikit. Ia boleh di atasi sekiranya officer tu menggoncangkan Pamp tersebut lama-lama dalam densimeter itu. Akan tetapi, senarionya adalah..officer itu kebiasaannya m-a-l-a-s nak buat kerja lebih. So, terbiarlah dalam Ar-Rahnu ketulenan Pamp sebagai 23K. Kes ini sama sahaja dengan barang kemas. Kebiasaannya barang kemas yang 916, bila masuk dalam densimeter, ia menunjukkan ketulenan yang lebih rendah. Ini kerana barang kemas yang bercorak pelbagai, dengan lekuk di & rongga di sana sini yang menyebabkan ketulenannya jatuh. Kalau kocak dlm air tu lama2, ia akan jadi 22K semula.

Ok, dari segi untung atau rugi bila densimeter tunjukkan Pamp 23K.
Saya ambil contoh Saya jual Pamp 100g pada harga Rm13700. Sykt P jual pada harga Rm14962. Beza di situ sebanyak Rm1262. (wowww). Saya pajak Pamp di Ar-Rahnu pada rate 23K, iaitu Rm157.50/g , so saya dapat 70% daripada jumlah pajakan, iaitu Rm11,025. Dan kalau saya pajakkan goldbar Sykt P di Ar-Rahnu yg sama, saya dapat rate Rm165.80/g, menjadikan jumlah yang saya dapat ialah Rm11,606. Lebihan hasil pajakan sebanyak Rm581 shj. Nah, sekrg anda boleh pilih, samada nak "rugi" Rm581 di Ar-Rahnu atau pun nak "bersedekah" lebih di Sykt P sebyk Rm1262..terserah kepada bijak akal masing2. :)